【车贷资讯】Agro Bank定息贷款自动暂缓!无额外利息!
好消息!Agro Bank在脸书宣布,所有固定利息Fixed Rate贷款一律自动暂缓!无额外利息!借贷者也不需另外通知银行。
Merujuk kepada pengumuman BNM pada 30 April 2020, Agrobank hari ini mengumumkan tiada caj tambahan untuk pakej moratorium bagi pembiayaan berkadar tetap.
1 – Tiada sebarang bayaran yang perlu dilakukan dan tiada keuntungan tambahan yang perlu ditanggung oleh pelanggan pembiayaan Agrobank terutama pembiayaan mikro sepanjang tempoh moratorium.
2- Pelanggan yang layak hanya perlu membuat bayaran ansuran bulanan yang sama mulai Oktober 2020 dan tempoh pembiayaan akan dipanjangkan 6 bulan dari tempoh pembiayaan asal.
3 – Penangguhan pembayaran masih secara automatik untuk pelanggan Agrobank yang layak dan tiada sebarang langkah tambahan yang perlu diambil.
4 – Bagi pelanggan yang layak* tetapi memilih untuk tidak mengambil moratorium, mereka masih boleh berbuat demikian pada masa ini dengan mengisi borang di www.agrobank.com.my/no-mora dan meneruskan pembayaran seperti biasa.
.
*Pelanggan yang layak merujuk kepada pelanggan Agrobank dari kategori individu dan perusahaan kecil dan sederhana.
.
Untuk jawapan kepada soalan-soalan lazim berkenaan pakej moratorium ini, sila layari https://www.agrobank.com.my/home/covid-19/faq/