【常见问题】FAQ BSN Micro-i Kredit Prihatin
S1 :Apakah BSN Micro/i Kredit Prihatin?
BSN Micro/i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan / pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.
S2 : Siapakah yang layak untuk memohon BSN Micro/i Kredit Prihatin?Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :
- Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
- Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
- Dimiliki oleh Warganegara Malaysia
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan
S3 : Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon BSN Micro/i Kredit Prihatin?
Terbuka kepada semua sektor perniagaan
S4 : Berapakah amaun pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan di bawah BSN Micro/i Kredit Prihatin?
Maksimum sehingga RM75,000
S5 : Berapa lama tempoh pembiayaan / pinjaman BSN Micro/i Kredit Prihatin? Antara 1 hingga 5.5 tahun
S6 : Apakah keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin?
Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan
S7 : Berapakah kadar keuntungan / faedah bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin? /
0%
S8 : Apakah dokumen sokongan yang diperlukan? Dokumen sokongan yang diperlukan adalah :
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
- Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi /
- Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
S9 : Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan?
6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima.
S10 : Bilakah tarikh akhir permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin?
Sehingga 31 Disember 2020
S11 : Adakah pihak Bank memerlukan sebarang cagaran daripada pelanggan memandangkan bayaran ansuran bulanan akan berlaku pada bulan ke-7 selepas pengeluaran penuh pembiayaan / pinjaman dilakukan?
Tiada cagaran diperlukan
S12 : Dengan siapakah pelanggan boleh berurusan jika berminat untuk membuat permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin?
Hubungi Eksekutif Pembiayaan Perniagaan terdekat untuk maklumat lanjut. Nombor telefon Eksekutif Pembiayaan Perniagaan kami boleh didapati di laman sesawang BSN https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=2211 atau https://bit.ly/EksekutifPembiayaanPerniagaan
S13 : Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN Micro/i Kredit Prihatin? Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN Micro/i Kredit Prihatin:
- Sila hubungi 1300-88-1900
- Layari laman sesawang BSN :
- BSN Micro-i Kredit Prihatin (Islamik) https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1585
- BSN Micro Kredit Prihatin (Konvensional) https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1586